ROKOK oh ROKOK.........aduhhhhh....Mesti anda semua mengetahui apakah yang di maksudkan dengan rokok.....dan sudah pasti anda dapat membayangkan gaya spontan bagaimana suami, isteri anda, ahli keluarga, teman-teman dan masyarakat di sekeliling anda merokok...........saya secara peribadi memang tidak selesa apabila berada berhampiran dengan kelompok orang-orang yang merokok....... secara peribadi suami saya juga seorang perokok...tetapi dia tidak pernah merokok di dalam rumah maupun berhampiran dengan saya atau anak kami.......untuk merokok dia akan berada di luar rumah untuk mengelakkan kami menjadi perokok pasif....
Apakah itu perokok pasif???
Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga. .......Kajian menunjukkkan seorang yang merokok itu hanya menyedut lebih kurang 25% daripada asap rokoknya, manakala baki 75% asap rokok itu akan meresap ke udara dan mungkin atau boleh disedut oleh orang lain di sekelilingnya.
Apa yang menjadi persoalan disini....Sanggupkah anda membiarkan anak-anak anda menjadi mangsa sebagai "perokok pasif"? .....Sila baca semua informasi di bawah sebagai panduan kita.....(saya juga ingin tahu..jadi sama-samalah kita belajar ya)....mungkin kesannya bukan dalam sehari...sebalik nya memakan masa mungkin sehingga mereka dewasa.......
Berikan Anak-Anak Anda Kehidupan Yang Sihat
Mereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok basi. Mereka akan membesar dengan mempercayai merokok adalah satu tabiat normal. Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara. Jangan lakukan ini pada mereka.
Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan untuk anak-anak anda.
Asap Rokok Basi Memudaratkan Kanak-Kanak
- Anak-anak anda begitu bernilai, mereka membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada anda.
- Mengenangkan mereka akan membawa senyuman ke bibir anda.
- Jagalah mereka, sayangi mereka.
- Berikan anak-anak anda permulaan yang baik dalam kehidupan.
- Pastikan kesihatan mereka terjamin dan masa depan mereka cerah.
- Berhentilah meracuni mereka dengan asap rokok.
Kesan Asap Rokok Terhadap Anak:-
1. Lebih mudah mendapat lelah
2. Mendapat jangkitan paru-paru
3. Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
4. Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak
Asap rokok boleh menggencat pertumbuhan bayi di dalam rahim ibu.
Anak-anak perokok lebih kerap di serang oleh jangkitan paru-paru, batuk-batuk, selsema dan sakit kerongkong. Mereka juga lebih kerap jatuh sakit.
Disamping itu, ibu-bapa yang merokok memberi satu contoh yang buruk kepada anak mereka kerana anak mereka akan meniru tabiat merokok mereka kelak.
Rokok Mengakibatkan Mati Pucuk- Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.
- Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin.
- Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. Dengan itu nikotin mengakibatkan mati pucuk.
- Kualiti sperma anda akan terganggu.
- Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.
Hubungan Seks Anda Akan Terganggu- Hubungan seks adalah penting dalam kehidupan kita.
- Ia membantu anda menikmati perkahwinan yang indah.
- Selamatkan diri anda dari mati pucuk
- Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa nikotin.
- Bertindak bijak, jangan merokok.
Bahan Toksik Dalam Asap Rokok
Terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia beracun di dalam asap rokok. Di bawah hanya beberapa bahan-bahan dan di mana ia kerap dijumpai.
| Bahan kimia dalam rokok | Sumber bahan kimia |
| Metanol | Bahan Api |
| Nitrobenzena | Gasolin |
| Karbon Monoksida | Asap kereta |
| Butana | Cecair pemetik api |
| Raksa | Logam dalam jangka suhu |
| Vinil Klorida | Bahan utama plastik |
| Toulena | Pelarut industri |
| Ammonia | Pencuci lantai |
| Arsenik | Racun tikus |
| Kadmium | Bahan utama bateri alkali |
| Stearik | Bahan utama dalam lilin |
| Sianida | Racun berbisa |
ASAP ROKOK MENGANDUNGI :-
· TAR , sejenis bahan kimia yang menggangu paru-paru dan boleh menyebabkan barah.
· NIKOTIN , sejenis dadah yang berbahaya kepada jantung dan system saraf.
· KARBON MONOKSIDA , sejenis gas beracun yang mengurangkan bekalan oksigen kepada badan.
· BAHAN KIMIA , yang menyebabkan penyakit barah.
ASAP YANG KELUAR DARI PUNTUNG ROKOK MENGANDUNGI :-
· 3 kali lebih banyak tar.
· 2 kali lebih banyak nikotin.
· 5 kali lebih banyak karbon monoksida.
· 50 kali lebih banyak bahan kimia yang menyebabkan barah.
seram juga bila kita lihat apakah kandungan sebenar rokok ni kan..... untuk menyatakan yang kita benci tabiat buruk ini..memang lah bukan satu perkara yang mudah....kadang kala kita juga mungkin akan menyinggung perasaan mereka...tapi sebelum kita menegur orang lain adalah lebih baik sekiranya kita bermula dari dalam rumah...orang yang kita kasihi contohnya....tegur mereka dengan cara yang baik..dan untuk pengetahuan anda semua...mereka juga perlu sokongan moral..kerana bukan semua perokok suka tabiat merokok..tapi memandangkan merokok sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka maka mereka sangat sukar untuk melepaskannya....selain usaha jangan lupa untuk berdoa minta daripada Tuhan untuk campurtangan dalam segala keperluan dan perbuatan kita.... Saya dan anda juga bekerjasama dalam membantu kempen "Tak nak MEROKOK"...Tabiat merokok boleh membunuh 1 bilion orang dalam abad ini!